BATA MYDEBIT SHOP, WAVE & WIN CONTEST (15th June 2019 - 15th September 2019)

TERMA DAN SYARAT

A. PIHAK PENGANJUR


  1. Peraduan BATA MYDEBIT SHOP, WAVE & WIN (“Peraduan”) ini dianjurkan bersama oleh Bata Primavera Sdn Bhd (Company No.24104-P) (“Pihak Penganjur”) dan PAYMENTS NETWORK MALAYSIA SDN.BHD. (“PayNet”)(Company No.836743-D) (Pihak Penaja).

  2. Peraduan Bata MyDebit Shop, Wave & Win bermula dari 15th June 2019 jam 0:00:00am hingga 15th September 2019 jam 23:59:59pm (“Tempoh Peraduan”). Sebarang penyertaan yang diterima selepas dari waktu yang tersebut akan ditolak dan tidak sah. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.

B. KRITERIA KELAYAKAN


  1. Peraduan ini terbuka kepada Pemegang Kad Mesin Automatik (“ATM”) MyDebit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang menyertai MyDebit di Malaysia (“Pelanggan”). Hanya Pelanggan yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai dokumen pengenalan yang sah (misalnya: kad pengenalan atau pasport) layak menyertai Peraduan (“Peserta”).

  2. Pelanggan juga mesti mempunyai akaun yang sah dengan mana-mana bank yang menyertai MyDebit, tidak dorman dan dalam kedudukan kewangan yang baik, semasa Tempoh Peraduan sehingga penebusan Hadiah. Pelanggan hendaklah mematuhi keperluan kelayakan di atas untuk menjadi (“Pelanggan yang Layak”).

  3. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini. Kakitangan Pihak Penganjur dan PayNet (termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat atau yang berkaitan dengannya) serta ahli keluarga mereka yang terdekat (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri); dan/atau wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pengiklanan perkhidmatan dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri).

C.KRITERIA PENYERTAAN


  1. Hanya pembelian bernilai RM50 (Lima Puluh) dan ke atas dengan menggunakan kad ATM MyDebit (secara “Wave / Contactless (transaksi Tanpa Sentuh)”) sebagai kaedah pembayaran layak diambil kira sebagai penyertaan yang sah di dalam Peraduan Bata MyDebit Shop, Wave & Win ini (“Bukti Pembelian”). (misalnya: Setiap SATU (1) slip transaksi = SATU (1) penyertaan).

  2. Peserta boleh mengambil gambar resit pembelian Bata dan slip transaksi MyDebit (“tanpa sentuh”/ “contactless”).

  3. Peserta boleh menghantar penyertaan mereka melalui telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp ke nombor 018 662 1223 mengandungi maklumat yang berikut:
    1. Nama Penuh
    2. Nombor Kad Pengenalan
    3. Alamat e-mel
    4. Nombor Perniagaan (MID)
    5. Nombor kad debit termasuk empat digit nombor terakhir
    6. Peserta perlu menjawab soalan dengan betul

  4. Hanya transaksi menggunakan Kad ATM MyDebit melalui transaksi tanpa sentuh dalam Tempoh Peraduan akan layak untuk Peraduan ini.

  5. Penyertaan yang lewat adalah tidak layak. Tiada rayuan yang akan dilayan.

  6. Pembelian yang dibatalkan atau pembelian yang dikembalikan adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini yang kedua-duanya di bawah budi bicara mutlak pihak Penganjur.

D. PEMILIHAN PEMENANG


  1. Pemenang akan dipilih melalui cabutan rawak dari kumpulan penyertaan yang layak yang akan dijalankan oleh Pihak Penganjur. dan PayNet. Pemenang yang dipilih akan dihubungi melalui telefon/e-mel dan dikehendaki menjawab soalan mudah (jika berkaitan) seperti yang ditentukan oleh Penganjur ("Pemenang Senarai Pendek”).

  2. Sekiranya Penganjur tidak dapat menghubungi Pemenang Senarai Pendek selepas tiga (3) kali percubaan (tiada jawapan, nombor telefon tidak dalam perkhidmatan atau tiada hubungan rangkaian dll), Penganjur mempunyai hak untuk memilih Pemenang Senarai Pendek yang berikutnya dengan menjalani proses yang sama. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang Senarai Pendek tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.

  3. Setiap Pelanggan hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan, tanpa mengira bilangan penyertaan yang diterima oleh Penganjur.

  4. Pemenang yang disenarai pendek akan diumumkan dalam masa TIGA (3) bulan selepas Tempoh Peraduan berakhir dan nama pemenang akan diterbitkan di laman web Penganjur.

  5. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung dengan Peraduan ini tetapi tidak terhad kepada senarai pendekpemilihan pemenang dan pelucutan hadiah adalah muktamad dan konklusif. Tiada surat, pertanyaan atau rayuan akan dilayan.

E. HADIAH


  1. Hadiah untuk Peraduan ini adalah seperti berikut:



    a. Hadiah Utama: 1 x Proton Persona 2019 Modul, tidak termasuk insuran kereta dan road tax.

    b. Hadiah Pertama: 3 x pakej pelancongan untuk DUA (2) orang ke Prague, Czech, tidak termasuk visa, insuran pelancongan, lawatan, makanan, pengangkutan dan perbelanjaanlain-lain. Tiket pelancongan ini hendaklah menebus sebelum 25 December 2019. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk memilih syarikat penerbangan dan hotel.

    c. Hadiah Kedua: 10 x iPhone XR ,64GB, Pihak Penganjur mempunyai hak untuk memilih warna.

    d. Hadiah Ketiga: 10 x iPad 9.7-inch, Pihak Penganjur mempunyai hak untuk memilih warna.

    e. Saguhati: 200 x RM100 Bata Baucar Tunai. Baucar ini sah selama enam (6) bulan.

  2. Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Terma dan Syarat ini, tiada penukaran atau pengubahsuaian kepada Hadiah yang diminta oleh Pelanggan akan dibenarkan.

  3. Penukaran Hadiah untuk wang tunai tidak dibenarkan.

F. PENEBUSAN HADIAH


  1. Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan ejennya tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti yang timbul daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir Hadiah atau apa-apa keadaan yang tidak diduga di luar kawalan yang munasabah oleh pihak Penganjur dan untuk apa-apa perbuatan atau keingkaran oleh mana-mana vendor atau pembekal pihak ketiga.

  2. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai tanpa notis terlebih dahulu. Semua pemenang tidak dibenarkan menukar Hadiah dengan tunai.

  3. Apabila pemenang dimaklumkan mengenai kemenangan mereka, pemenang dikehendaki menebus hadiah mereka dalam tempoh SATU (1) bulan dari tarikh pemberitahuan dibuat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelucutan terhadap hak kemenangan tersebut dan tiada bayaran balik akan diberikan untuk sebarang hadiah yang tidak dituntut. Seterusnya, pemenang gantian akan dipilih.

  4. Kad Pengenalan/Pasport asal mestilah ditunjukkan untuk penebusan Hadiah.

  5. Pemenang mesti mengambil Hadiah seperti yang dinyatakan di sini. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Penganjur tidak akan melayan terhadap sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti Hadiah selepas menyerahkan Hadiah yang berkenaan kepada pemenang.

  6. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada Hadiah semasa proses penghantaran. Apa-apa kos tambahan lain (sebagai contoh perbelanjaan perjalanan) yang terlibat untuk menebus atau memungut Hadiah akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
  7. Setelah segala proses pemilihan pemenang telah dilaksanakan, Hadiah mungkin mengambil masa sehingga SATU (1) bulan untuk dihantar kepada pemenang. Walau bagaimanapun, ini tertakluk kepada aturan dengan pihak ketiga yang lain, yang mungkin memerlukan pemenang untuk menebus Hadiah mereka dari lokasi tertentu.
  8. Pemenang akan menanggung semua caj / bayaran seperti dan tidak terhad kepada kos pengangkutan, yuran berdaftar, cukai jalan, insuran dan apa-apa cukai/fi yang dikenakan.
  9. Visual Hadiah yang dipamerkan dalam mana-mana iklan, publisiti promosi dan bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah tujuan ilustrasi sahaja dan tidak boleh menggambarkan Hadiah yang sebenar.
  10. Penganjur berhak untuk menangguhkan tarikh dan tempat bagi menuntut Hadiah yang telah ditentukan sebelum penebusan Hadiah pada masa yang lain yang akan dimaklumkan oleh Penganjur kepada pemenang sekiranya berlaku apa-apa keadaan yang di luar jangkaan.

G. SYARAT UMUM


  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Pelanggan bersetuju untuk melepaskan Penganjur dan PayNet dari apa-apa liabiliti, kerugian, hak ganti rugi, dan apa-apa jenis tuntutan dan tindakan yang terhasil daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan Hadiah, atau apaapa perkara yang berkaitan dengan Hadiah dengan mengambil kira, tanpa batasan kepada kecederaan, kematian, dan kerosakan harta benda.

  2. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur tidak memberi jaminan atau perwakilan apa jua, secara nyata, tersirat atau berkanun, berhubung dengan Peraduan ini, Hadiah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kualiti dan kebolehgunaan berkenaan dengan Hadiah. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pihak Penganjur adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab ke atas sebarang hal berkaitan Hadiah, penganjuran dan pelaksanaan Peraduan ini. Apa-apa persoalan berkaitan dengan Peraduan ini boleh merujuk terus kepada pihak Penganjur.

  3. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, mengubah, memadam atau menambah mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini dan/atau menukar atau menggantikan Hadiah (Klausa E di atas) yang ditawarkan dalam Peraduan ini dengan hadiah yang sama nilainya dan/atau mengubah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Tiada pampasan dalam bentuk wang tunai atau apa-apa jenis bentuk pampasan akan diberikan untuk apa-apa kerugian atau kerosakan kara di atas. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk menyemak Terma dan Syarat Peraduan secara berkala di laman web Penganjur atau laman web bank-bank yang terlibat.

  4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penyertaan lewat atau hilang disebabkan oleh Internet dan/atau isu-isu teknikal yang lain. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.

  5. Penganjur tidak bertanggungjawab untuk penyertaan yang tidak layak atau yang dibuat secara fraud.

  6. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk melupuskan pemenang yang dipilih sekiranya berlaku sebarang pelanggaran Terma dan Syarat. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan penyertaan palsu, atau penyertaan yang disyaki dipalsukan pada bila-bila
  7. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan Peraduan ini di mana-mana peringkat, jika dianggap perlu, dan / atau jika terdapat keadaan di luar kawalannya.
  8. Pemenang dikehendaki menghadiri sesi fotografi dan videografi. Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan aset ini untuk tujuan promosi.
  9. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang aduan dan pertanyaan tidak akan dilayan.
  10. Semua keputusan yang dibuat berhubung dengan Peraduan adalah muktamad, konklusif dan mengikat.
  11. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
  12. Terma dan syarat akan ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan adalah di bawah bidang kuasa ekslusif mahkamah Malaysia.

H. NOTIS PRIVASI


  1. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama mereka, nombor kad pengenalan (KP) yang telah ditutupkan dan butir-butir lain ("Data Peribadi") untuk tujuan menjalankan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumuman dan penerbitan Data Peribadi dan / atau foto Pelanggan di laman web Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

  2. Penganjur boleh menggunakan perkhidmatan pihak ketiga termasuk dan tidak terhad kepada PayNet/ institusi kewangan yang menyertai MyDebit untuk memproses Data Peribadi Pelanggan. Semua pihak ketiga tersebut terikat dengan undang-undang untuk tidak menggunakan Data Peribadi Pelanggan selain dari cara yang dinyatakan di sini.

  3. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Pelanggan termasuk:
    1. Hak untuk menarik balik persetujuan untuk penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur dialamat e-mel yang disebutkan di bawah dengan memberikan kepada Penganjur nama Pelanggan dan alamat e-mel untuk tujuan memadamkan Data Peribadi tersebut;

    2. Hak untuk memperoleh salinan Data Peribadi yang disimpan oleh Penganjur; dan

    3. Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.

  4. Jika Pelanggan ingin mengemukakan sebarang pertanyaan berkenaan isu berkaitan Data Peribadi atau ingin menggunakan hak di bawah undang-undang, bolehlah menghubungi pihak Penganjur di mybata.customerservice@bata.com.

  5. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi Pelanggan selamat, dan memastikan pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Walau bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi pelanggan jika diperlukan oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

  6. Untuk tujuan Klausa H, apa-apa perkara berkaitan Data Peribadi yang berhubung kait dengan Peraduan ini akan ditadbir dan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan apa-apa undang-undang yang berkaitan di Malaysia.